KUCHING: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2022 Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang pada Hari Raya kedua meriah dengan sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Ragad Kurdi Taib turut mengunjungi Rumah Terbuka Premier Sarawak.
Majlis yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka pagi tadi telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran masyarakat berbilang bangsa dan kaum yang terdapat di Sarawak ia satu permulaan yang baik selepas dua tahun tiada penganjuran rumah terbuka.
Antara yang mengunjungi rumah terbuka Premier Sarawak adalah Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato' Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri Kanan Kerja Raya Dato' Sri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion, ahli-ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri Sarawak serta tetamu kenamaan yang lain.
Sumber dari : Sarawakku